Salam 12 Ramadan
Mama baru sahaja tamat kelas Personal Skills Development untuk kelas HND 4(1). Waktu kelas adalah dari 8:00 am - 10:00 am. Kebanyakan pelajar Mama kali adalah pelajar yang boleh dikatakan "independent" dan mereka boleh "arrange everything according to my instructions". Tak banyak soal. Rezeki Mama kali ini, kumpulan pelajar Mama adalah kumpulan yang majoritinya adalah pelajar "extrovert".
Subjek Personal Skills Development ini banyak berkaitan dengan pengalaman kerjaya. Pada satu waktu, Mama menggunakan konsep Problem Based Learning. Sewaktu kelas bermula, Mama hanya perlu beri arahan dan kelas dikendalikan sepenuhnya oleh ketua yang telah dilantik oleh rakan-rakan mereka. Mama rasa Mama juga turut belajar daripada mereka. Pengalaman mereka, idea dan kebolehan yang tidak terlihat selama ini. Baru-baru ini, Mama juga mengetahui salah seorang daripada mereka merupakan pelakon stunt kerana boleh "parkour" (minta cari yer kalau tidak faham). Filem aksi lakonan pelajar ini adalah Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU. Bayaran yang diperolehi adalah lumayan.
Seronok kan. Sebenarnya, Mama cuba mengutip kembali semangat Mama yang telah luntur. Sejak bulan 7 lalu, macam-macam dugaan yang kami sekeluarga tempuhi. Keadaan Ummi Mama yang tidak sihat, Mama yang tidak sihat begitu juga dengan Baba dan anak-anak. Mama memang tidak dapat belajar dengan penuh konsentrasi. Mama dan Baba adalah pelajar PhD dan dalam masa yang sama kami bekerja kerana kami tidak mampu menampung kos hidup yang semakin tinggi. Keperluan anak-anak, keluarga dan yuran pengajian kami. Memang sukar untuk belajar bila anda semua bekerja akan tetapi ada orang yang berjaya melakukanya. Belajar dan bekerja.
PhD menuntut masa yang agak lama iaitu, 8:00 - 5:00 kerana banyak kajian yang perlu dilakukan bagi memastikan kajian kita adalah kajian yang baik atau tidak. Tapi, Mama masih belum boleh memberi komitment yang tinggi pada belajar. Seperti Baba, merupakan pelajar yang pintar secara teknikal dan analisis. Setiap analisis dikaji dengan baik untuk merungkai permasalahan tersebut. Tapi, kami terlalu penat. Kadang-kadang kami tidak mampu. Tapi kami mesti ada matlamat kerana manusia itu mampu melakukannya.
Fatoom dan Sarah,
Anak-anak kami yang lasak. Kami mohon pada Ilahi agar kamu menjadi insan solehah, diberkahkan kesihatan, kesempurnaan rohani dan jasmani serta rezeki yang baik. Ya Allah pelihara mereka dan bantu kami mendidikan mereka dengan didikan yang terbaik.
Nanti, sampai waktu kamu semua boleh membaca blog Mama ini, Mama mohon maaf atas segala kesilapan Mama, semua itu tidak lain adalah kerana kelemahan Mama dalam proses mendidik kamu. Mungkin adakalanya, Mama dan baba penat. Maafkan kami sayang.
Rahsia Kurus dengan Set Kurus Shaklee
1 year ago