Alhamdulillah Alhamdulillah
Segala syukur dirafak pada Ilahi.
Sebenarnya, Mama selalu tidak konsisten menulis blog. Ahyanan, rasa kagum melihat rakan mengulit karya meneruskan dakwah dan memberi banyak info pada pembaca. Banyak sungguh alasan yang kita cipta untuk tidak melakukan sesuatu.
Contohnya,
Kenapa tidak masak seusai kerja? Malah, terus ke kedai membeli masakan tangan tukang masak "lelaki" mahupun "perempuan".
Hmmm...Mama punya jawapan. Sebab Mama penat melayan kerenah anak-anak. Alasan.
Kenapa tidak baca Quran depan anak-anak. Malah, terus mainkan alunan Quran daripada Laptop-Kesayangan-Mama bacaan As-Sudays.
Hmmm...Mama juga punya jawapan. Sebab, Mama penat melayan kerenah anak-anak. Alasan juga.
Semuanya alasan...Sebenarnya, kudrat yang ada tidak dikerah mana pun. Otak telah di"set" untuk tidak melakukan sesuatu, maka semua itu tidak akan berlaku. Seperti susu ibu, bila tiada stimulasi maka susu ibu tidak akan terhasil. Cewah, mentang-mentang sekarang Mama sedang bersemangat untuk memuliakan susu ibu buat buah hati Mama iaitu Sarah.
Cuma, Mama mahu kongsi Jadual Waktu Harian Mama
6:00 am
Hmmm...solat dulu jemaah sama Baba. Sepatutnya baca Quran. Tetapi Mama terpaksa skip.
Mama perlu tukarkan diapers Fatoom & Sarah.
7:00 am
Hmmm...sediakan secawan nescafe & sandwich untuk Baba.
7:30 am - 5:00 pm
Mama bersama puteri puteri kesayangan ke daycare centre yang terletak berdekatan dengan tempat kerja.
Seperti biasa, sebelum menghantar Fatoom ke daycare, Mama bawa dan tunjukkan dia burung, pokok, dan sekitarnya.
Mama : "Fatoom, look...it is birds. Birds is flying. Who creates bird?
Allah creates bird".
Fatoom : "Mama... dghasjjkfjksdghfjksdfjks"(Mama pun tak faham sebab dia cakap
German).Sambil tunjukkan tangannya pada burung-burung yang Mama tunjuk
tadi.
Lepas itu, kerja dan kerja...sampai pukul 5.
5:00 pm
Kami pulang bersama.
6:00 pm
Mandikan Fatoom & Sarah. Susukan. Pastikan mereka tidur pukul 8:30pm. Barulah masak yang mudah-mudah. Kekadang, Mama masak untuk 3 hari berturut-turut.
9:00 pm
Baru makan. Seusai solat isya.
10:00 pm
Uruskan baju anak-anak dan baju Baba. Waktu ini adalah waktu untuk Mama dan Baba berbual berbincang dan bertukar pandangan...
Life is not perfect. Jadual ini berubah mengikut kerenah anak-anak. Dalam hati Mama tetap tersemat...
"SEAWAL-AWAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH"
Rahsia Kurus dengan Set Kurus Shaklee
1 year ago
No comments:
Post a Comment