CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

PENAPIS AIR IMTIYAZ

Kami pengedar Penapis Air Imtiyaz. Kami beroperasi sekitar Bangi, Serdang & Nilai.
Hubungi Kami;
Samer 010-4640105 & Noor 010-7604105

Thursday, July 21, 2011

Bila Anak-Anak Semakin Bijak

Hmmmm....
Mama : "Fatoom, can you help Mama to cover the mattress"?
Fatoom : "jsahdjaskhdk" sambil membantu menyarungkan alas untuk tilam tempat dia tidur.

Memang Fatoom seorang yang ringan tulang. Dia "excited" untuk membantu dan sekaligus mengacau Mama. Buat masa sekarang perkembangan vocabulary Fatoom dalam bahasa Melayu lebih kuat berbanding bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Tapi Mama akui, bahasa Fatoom agak lambat sedikit berbanding rakan-rakan lain. Fatoom adalah kanak-kanak multilanguage. Ketika di nursery, penggunaan bahasa Melayu, di rumah pula Mama gunakan bahasa Inggeris manakala Baba menggunakan bahasa Arab untuk berkomunikasi dengannya.

Maka jadilah, perkataan yang keluar adalah "kelukuk...djhajkshdjak". Sebagai contoh, bila Fatoom meminta Mama membacakan buku untuknya, apa yang keluar adalah "Mama, ...." sambil menunjukkan tangannya pada mulut Mama. Maka saya pun bertanya, "What do you want me to do"?. Perkara yang sama dilakukan pada saya agar membacakan buku tersebut padanya. Maka saya pun menyebut "Lion" dan dia mengajuk kata-kata saya.

Situasi yang lain...kadang-kadang Baba menyatakan "Ruh maaa Baba bye" (Mari jalan-jalan dengan Baba). Maka dia akan segera mengikuti Baba sambil merengek-rengek untuk didukung. Satu masa dulu, Baba berkata "Sakral bab" (tutup pintu) maka dia akan segera menutup pintu.

Tapi, bahasa yang keluar dari mulutnya adalah bahasa Melayu seperti "tak yah" "tak nak"...Mama rasa semuanya dari nursery.

Sekarang perkembangan Sarah juga begitu. "bababbabab"...itu sahaja. Dia lebih banyak meniru Fatoom. Tapi tenaganya, masha allah...tuhan sahaja yang tahu. Itulah anak-anak saya. Ya Allah, berilah Mama masa bagi mendidik zuriat kami ini.

Nuha
22 Jul 2011

Tuesday, July 12, 2011

Pasal Kerja la pulak

Catatan 13 Jul 2011


Ucapan takziah buat K Ipah atas pemergian ayahanda tercinta. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang orang soleh. Insha Allah.

Kami baru saja memulakan semester baru Jul Dec 2011. Biasalah dah kata namanya kerja, kami tetap berjumpa dengan kawan diselang seli dengan pelbagai kerenah. Kadang-kadang memang menuntut profesionalisme walaupun hati dan perasaan penuh taman yang pelbagai warna. Fuh..bombastik sungguh ayat ayat Mama.
Pedulik apa dengan perasaan itu. Kehidupan ini menjadikan Mama semakin "confident" untuk "to stand on my own and never ever think about obstacles".
Kawan jadi lawan. Penuh hasad dalam kehidupan ini. Hati-hatilah.
Cuma, Mama amat berterima kasih pada Pn NIS, Pn SHR, Pn MWH, Pn SAS, Pn MAI, Pn AMA, Pn NAZ, Pn ZHJ, Pn AAI, Pn NHK. Still exist in the world some good people and they are one of them.

Semester ini, PSD merupakan subjek yang berkaitan dengan "working experience". Tapi dalam hal ini, Mama akan beritahu pada student bahawa "Life is to give not receive". Allah will give it you.
Marilah, tekadkan semangat, jiwa dan raga untuk memberi bukan untuk menerima tetapi memberi untuk orang yang berhak menerima. Kalau orang yang suka tikam belakang tak payahlah nak memberi sangat. They are not deserve to get anything from you.
Mungkin K Chik ada pandangan tentang statement saya ni, kalaulah K Chik terbaca.