CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

PENAPIS AIR IMTIYAZ

Kami pengedar Penapis Air Imtiyaz. Kami beroperasi sekitar Bangi, Serdang & Nilai.
Hubungi Kami;
Samer 010-4640105 & Noor 010-7604105

Thursday, August 11, 2011

Semangat oh semangat

Salam 12 Ramadan

Mama baru sahaja tamat kelas Personal Skills Development untuk kelas HND 4(1). Waktu kelas adalah dari 8:00 am - 10:00 am. Kebanyakan pelajar Mama kali adalah pelajar yang boleh dikatakan "independent" dan mereka boleh "arrange everything according to my instructions". Tak banyak soal. Rezeki Mama kali ini, kumpulan pelajar Mama adalah kumpulan yang majoritinya adalah pelajar "extrovert".

Subjek Personal Skills Development ini banyak berkaitan dengan pengalaman kerjaya. Pada satu waktu, Mama menggunakan konsep Problem Based Learning. Sewaktu kelas bermula, Mama hanya perlu beri arahan dan kelas dikendalikan sepenuhnya oleh ketua yang telah dilantik oleh rakan-rakan mereka. Mama rasa Mama juga turut belajar daripada mereka. Pengalaman mereka, idea dan kebolehan yang tidak terlihat selama ini. Baru-baru ini, Mama juga mengetahui salah seorang daripada mereka merupakan pelakon stunt kerana boleh "parkour" (minta cari yer kalau tidak faham). Filem aksi lakonan pelajar ini adalah Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU. Bayaran yang diperolehi adalah lumayan.

Seronok kan. Sebenarnya, Mama cuba mengutip kembali semangat Mama yang telah luntur. Sejak bulan 7 lalu, macam-macam dugaan yang kami sekeluarga tempuhi. Keadaan Ummi Mama yang tidak sihat, Mama yang tidak sihat begitu juga dengan Baba dan anak-anak. Mama memang tidak dapat belajar dengan penuh konsentrasi. Mama dan Baba adalah pelajar PhD dan dalam masa yang sama kami bekerja kerana kami tidak mampu menampung kos hidup yang semakin tinggi. Keperluan anak-anak, keluarga dan yuran pengajian kami. Memang sukar untuk belajar bila anda semua bekerja akan tetapi ada orang yang berjaya melakukanya. Belajar dan bekerja.

PhD menuntut masa yang agak lama iaitu, 8:00 - 5:00 kerana banyak kajian yang perlu dilakukan bagi memastikan kajian kita adalah kajian yang baik atau tidak. Tapi, Mama masih belum boleh memberi komitment yang tinggi pada belajar. Seperti Baba, merupakan pelajar yang pintar secara teknikal dan analisis. Setiap analisis dikaji dengan baik untuk merungkai permasalahan tersebut. Tapi, kami terlalu penat. Kadang-kadang kami tidak mampu. Tapi kami mesti ada matlamat kerana manusia itu mampu melakukannya.

Fatoom dan Sarah,
Anak-anak kami yang lasak. Kami mohon pada Ilahi agar kamu menjadi insan solehah, diberkahkan kesihatan, kesempurnaan rohani dan jasmani serta rezeki yang baik. Ya Allah pelihara mereka dan bantu kami mendidikan mereka dengan didikan yang terbaik.
Nanti, sampai waktu kamu semua boleh membaca blog Mama ini, Mama mohon maaf atas segala kesilapan Mama, semua itu tidak lain adalah kerana kelemahan Mama dalam proses mendidik kamu. Mungkin adakalanya, Mama dan baba penat. Maafkan kami sayang.

Thursday, July 21, 2011

Bila Anak-Anak Semakin Bijak

Hmmmm....
Mama : "Fatoom, can you help Mama to cover the mattress"?
Fatoom : "jsahdjaskhdk" sambil membantu menyarungkan alas untuk tilam tempat dia tidur.

Memang Fatoom seorang yang ringan tulang. Dia "excited" untuk membantu dan sekaligus mengacau Mama. Buat masa sekarang perkembangan vocabulary Fatoom dalam bahasa Melayu lebih kuat berbanding bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Tapi Mama akui, bahasa Fatoom agak lambat sedikit berbanding rakan-rakan lain. Fatoom adalah kanak-kanak multilanguage. Ketika di nursery, penggunaan bahasa Melayu, di rumah pula Mama gunakan bahasa Inggeris manakala Baba menggunakan bahasa Arab untuk berkomunikasi dengannya.

Maka jadilah, perkataan yang keluar adalah "kelukuk...djhajkshdjak". Sebagai contoh, bila Fatoom meminta Mama membacakan buku untuknya, apa yang keluar adalah "Mama, ...." sambil menunjukkan tangannya pada mulut Mama. Maka saya pun bertanya, "What do you want me to do"?. Perkara yang sama dilakukan pada saya agar membacakan buku tersebut padanya. Maka saya pun menyebut "Lion" dan dia mengajuk kata-kata saya.

Situasi yang lain...kadang-kadang Baba menyatakan "Ruh maaa Baba bye" (Mari jalan-jalan dengan Baba). Maka dia akan segera mengikuti Baba sambil merengek-rengek untuk didukung. Satu masa dulu, Baba berkata "Sakral bab" (tutup pintu) maka dia akan segera menutup pintu.

Tapi, bahasa yang keluar dari mulutnya adalah bahasa Melayu seperti "tak yah" "tak nak"...Mama rasa semuanya dari nursery.

Sekarang perkembangan Sarah juga begitu. "bababbabab"...itu sahaja. Dia lebih banyak meniru Fatoom. Tapi tenaganya, masha allah...tuhan sahaja yang tahu. Itulah anak-anak saya. Ya Allah, berilah Mama masa bagi mendidik zuriat kami ini.

Nuha
22 Jul 2011

Tuesday, July 12, 2011

Pasal Kerja la pulak

Catatan 13 Jul 2011


Ucapan takziah buat K Ipah atas pemergian ayahanda tercinta. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang orang soleh. Insha Allah.

Kami baru saja memulakan semester baru Jul Dec 2011. Biasalah dah kata namanya kerja, kami tetap berjumpa dengan kawan diselang seli dengan pelbagai kerenah. Kadang-kadang memang menuntut profesionalisme walaupun hati dan perasaan penuh taman yang pelbagai warna. Fuh..bombastik sungguh ayat ayat Mama.
Pedulik apa dengan perasaan itu. Kehidupan ini menjadikan Mama semakin "confident" untuk "to stand on my own and never ever think about obstacles".
Kawan jadi lawan. Penuh hasad dalam kehidupan ini. Hati-hatilah.
Cuma, Mama amat berterima kasih pada Pn NIS, Pn SHR, Pn MWH, Pn SAS, Pn MAI, Pn AMA, Pn NAZ, Pn ZHJ, Pn AAI, Pn NHK. Still exist in the world some good people and they are one of them.

Semester ini, PSD merupakan subjek yang berkaitan dengan "working experience". Tapi dalam hal ini, Mama akan beritahu pada student bahawa "Life is to give not receive". Allah will give it you.
Marilah, tekadkan semangat, jiwa dan raga untuk memberi bukan untuk menerima tetapi memberi untuk orang yang berhak menerima. Kalau orang yang suka tikam belakang tak payahlah nak memberi sangat. They are not deserve to get anything from you.
Mungkin K Chik ada pandangan tentang statement saya ni, kalaulah K Chik terbaca.

Tuesday, June 7, 2011

Hidup Segan Mati Tak Mahu

Catatan 8 Jun 2011
Itulah ibarat blog Mama ni. Selalu juga meziarah tapi masa yang ada terhad akibat kesibukan kerja-kerja di pejabat. Uwah, padahal Mama adalah seorang pendidik. Itulah resam seorang pendidik, kadang kala dokumentasi menjadikan Mama seorang yang sejujurnya "insan berjiwa tak sabar". Aduh, gayanya macam seorang businesswoman jer.

Hari ini, Mama ada selsema, batuk dan badan yang sakit. Biasanya, jarang mama telan ubat tahan sakit. Tapi kerana anak-anak, Mama perlu ambil ubat itu. Baba tidak pandai mengatur mereka ke tandas. Bukan Mama tidak mahu ada kompromi dan MOU untuk Baba buat semua tu, tapi "life is to donate, I'll do my best to give for my family". Baba sudah buat apa yang dia rasa patut buat. Dia selalu tolong Mama. Waktu Mama batuk-batuk ni, Baba bangun dan suakan ubat untuk Mama. Itu pun suatu pengorbanan daripada Baba, pada Mama cukup untuk menghargainya. Sedang dia juga banyak kerja.

Buat sicomel Mama, Fatoom dan Sarah. Fuh, kalian adalah jiwa Mama. Kadang-kadang Mama akui agak kurang sabar. Tapi percayalah Mama cuba untuk berikan yang terbaik untuk kamu berdua. Bila waktu kamu dewasa dan membaca blog ini, Mama minta maaf andai kalian terasa hati. Percayalah, Mama mahukan yang terbaik untuk kalian.
Nanti belajar Bahasa Melayu yer, agar boleh baca blog Mama ni. Mana tahu, kalian sudah fasih berbahasa Arab dan Inggeris. Perancangan Allah.

Saat ini, Mama agak sibuk dengan "review paper". Kasihan, kalian terpaksa Mama hantar ke nurseri. Tapi percayalah...jiwa ini tetap mendambakan anak-anak Mama. Mama perlu belajar kerana Mama juga mahu memberikan yang terbaik untuk Nenek, Atuk apa tah lagi kalian.

Wednesday, November 10, 2010

Jadual Waktu Baru...

Alhamdulillah Alhamdulillah

Segala syukur dirafak pada Ilahi.
Sebenarnya, Mama selalu tidak konsisten menulis blog. Ahyanan, rasa kagum melihat rakan mengulit karya meneruskan dakwah dan memberi banyak info pada pembaca. Banyak sungguh alasan yang kita cipta untuk tidak melakukan sesuatu.

Contohnya,
Kenapa tidak masak seusai kerja? Malah, terus ke kedai membeli masakan tangan tukang masak "lelaki" mahupun "perempuan".
Hmmm...Mama punya jawapan. Sebab Mama penat melayan kerenah anak-anak. Alasan.


Kenapa tidak baca Quran depan anak-anak. Malah, terus mainkan alunan Quran daripada Laptop-Kesayangan-Mama bacaan As-Sudays.
Hmmm...Mama juga punya jawapan. Sebab, Mama penat melayan kerenah anak-anak. Alasan juga.

Semuanya alasan...Sebenarnya, kudrat yang ada tidak dikerah mana pun. Otak telah di"set" untuk tidak melakukan sesuatu, maka semua itu tidak akan berlaku. Seperti susu ibu, bila tiada stimulasi maka susu ibu tidak akan terhasil. Cewah, mentang-mentang sekarang Mama sedang bersemangat untuk memuliakan susu ibu buat buah hati Mama iaitu Sarah.

Cuma, Mama mahu kongsi Jadual Waktu Harian Mama

6:00 am
Hmmm...solat dulu jemaah sama Baba. Sepatutnya baca Quran. Tetapi Mama terpaksa skip.
Mama perlu tukarkan diapers Fatoom & Sarah.

7:00 am
Hmmm...sediakan secawan nescafe & sandwich untuk Baba.

7:30 am - 5:00 pm
Mama bersama puteri puteri kesayangan ke daycare centre yang terletak berdekatan dengan tempat kerja.
Seperti biasa, sebelum menghantar Fatoom ke daycare, Mama bawa dan tunjukkan dia burung, pokok, dan sekitarnya.

Mama : "Fatoom, look...it is birds. Birds is flying. Who creates bird?
Allah creates bird".
Fatoom : "Mama... dghasjjkfjksdghfjksdfjks"(Mama pun tak faham sebab dia cakap
German).Sambil tunjukkan tangannya pada burung-burung yang Mama tunjuk
tadi.

Lepas itu, kerja dan kerja...sampai pukul 5.

5:00 pm
Kami pulang bersama.

6:00 pm
Mandikan Fatoom & Sarah. Susukan. Pastikan mereka tidur pukul 8:30pm. Barulah masak yang mudah-mudah. Kekadang, Mama masak untuk 3 hari berturut-turut.

9:00 pm
Baru makan. Seusai solat isya.

10:00 pm
Uruskan baju anak-anak dan baju Baba. Waktu ini adalah waktu untuk Mama dan Baba berbual berbincang dan bertukar pandangan...

Life is not perfect. Jadual ini berubah mengikut kerenah anak-anak. Dalam hati Mama tetap tersemat...

"SEAWAL-AWAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH"

Saturday, September 25, 2010

Jadual Waktu Baru...

Salam semua...

Sebenarnya, ini jadual waktu yang Mama plan untuk diri Mama dan family. Boleh ker aku ikut ni... Ahyanan kita rancang tapi Allah s.w.t yang Maha Menentu Segala. Sebagai manusia kita cuba yang terbaik.

5:30 am
Erkkkkk...boleh ker Mama bangun waktu ini setelah penat hingga lewat malam. Apatah lagi, seperti kamus baru setelah kehadiran Sarah yang manja.
Sekejap yerk... Sarah tengah menangis...

Things to do
1. Fatoom porridge.
2. Fatoom & Sarah drypers to new drypers after having sleep."Wink" "Wink"
3. Fatoom & Sarah bag should be ready by last nite
Bilakah aku akan kembali bertahajud

Fatoom & Sarah



Fatoom aka Fatimah Bte Samer



Sarah aka Sarah Bte Samer

Gambar Mama & Baba... erk...tak payah ler.
Buat malu je, sebab sekarang kami dah berkilo-kilo maju ke depan. Tunggu lah sedikit masa lagi sehingga kami berjaya berkilo-kilo ke belakang.

Thursday, September 16, 2010

Now - Baba, Mama, Fatoom & Sarah

Baba
Baba sekarang masih dalam pengajian. Alhamdulillah, "paper publishing" Baba banyak diterima. Mama teringat sebuah cerita yang pernah kawan Mama post dalam blognya. Mama akan ceritakan nyer nanti. Kurang berapa minit lagi Mama harus mengejutkan Baba untuk solat Jumaat. Hmmm...kasihan Baba kepenatan.

Mama
Mama masih dalam berpantang. Yer ker??? Tapi macam dah tak berpantang. Sibuk menguruskan Fatoom & Sarah. Terima kasih buat Baba kerana banyak membantu Mama menguruskan rumahtangga. Kira-kira 2 minggu lagi Mama akan kembali bekerja. Hmmm, Allah je yang Maha Mengetahui.

Fatoom
Sudah 1 tahun 1 bulan. Orang Arab kata "tataharak kasirrr". Tertonggeng, terlangkup kami mengejar Fatoom dari sofa ke tangga ke dapur ke bilik air. Masha allah, dia sayang pada Sarah.

Sarah
Sudah 1 bulan 14 hari. Anak yang baik, menangis bila kembung perut je...masa lain tidur Alhamdulillah. Mungkin dia arif keaadaan rumah kami yang tunggang langgang sekarang.

Kami masih belum ada jadual waktu lagi... Sedikit masa lagi, mama perlu susun jadual agar kami teratur sikit. Baba perlu masa buat research. Mama juga perlu masa buat research. Really challenging.

Life Without Challenge Also Nothing...Am I right? Entah pandai jer Mama mengomel...
Alamak gambar raya takder lah...

Wednesday, June 23, 2010

Baby - Fatoom

My Fatoom

Wah, lama sungguh tidak mencoret sesuatu. Kata orang kalau rajin-rajin menulis blog ni boleh buat duit. Hmmm, hasrat di hati ada tapi hanya di hati. Selalunya, sewaktu musim cuti ni... ini lah jadual Mama

6:00 am -
Solat Subuh berjemaah. Kali ni, Baba yang selalu kejutkan Mama. Mama selalu je tak larat bangun. Kenapa ni, apakah kerana letih, atau jauh dari Ilahi.

6:30 am -
Fatoom "six sense" memang tajam. Merasa kami tiada di sisi, dia juga bangun menangis mencari dan mengucapkan "Baba" dan "Mama" dengan mendayu sekali. Aduh, tidur seusai subuh tiada dalam diari.

7:00 am -
Fatoom dibersihkan dan ditukar "drypers" yang baru. Baba bersedia untuk ke UPM. Banyak kerja perlu dibereskan lantaran semester baru akan bermula beberapa minggu lagi. Yahhhh, baju Baba perlu disediakan.

7:30 am -
Kami bertiga bersarapan bersama. Seperti biasa, nasi lemak RM 1 di warung milik jiran kami. Beli dan "tapaw". Sekarang Fatoom dah boleh makan nasi. Jadi, bila kami makan, dia turut serta...

8:00 am -
Baba pergi ke UPM dan Fatoom menangis sayu mahu turut serta. Alhamdulillah, dia anak pintar sebab nangisnya sebentar sahaja. Tak susah memujuk Fatoom. Bermain bersama dia sahaja sudah membuat dia gelak. Sekarang Mama cipta permainan baru. "Dragon Mama" and "Dragon Child". Mama pura-pura telangkupkan badan dan Fatoom akan mengusik Mama. Sebaik "Dragon Mama" bangun sambil berkata "Where is my Dragon Child", Fatoom akan terlari-lari menyembunyikan diri daripada dikejar Dragon Mama. Paling manis, bila dia ketawa riang. Kadang-kadang keluar surau garaunya meniru suara Dragon Mama.
Harap tak pecah suara anak aku ni, jangan jadi macam suara Scha Al-Yahya sudah.

9:00 am -
Kudapan seperti roti diberikan. Lewat hari lepas, najis Fatoom agak keras. Mama tukarkan kepada betik. Fatoom tak kisah tentang makanan. Everything is acceptable. Alhamdulillah.

10:00 am -
Mula menunjukkan tanda mengantuk. Sua sahaja susu, matanya terus layu. Mama ikut layu bersama. Memang Mama penat. Mengendong Fatoom dan Insha Allah si kecil kami ini.

11:00 am -
Fatoom jaga. Mama juga terjaga. Hmmm, macam-macam perlu dibereskan.
1. Baju
2. Rumah
Kali ini, Fatoom memang akan menangis kalau ditinggalkan. Tersedu-sedu dia bila diletak dalam Baby Cot. Pada kami, itulah tempat paling selamat untuk dia. Kalau dibiarkan, dia mungkin akan panjat tangga, ke dapur, atau ke luar rumah mengikut Mama. Hishhhhh. Tapi dia cukup takut pada vacuum cleaner. Dia akan larikan diri daripada En Vacuum ni.

12:00 pm -
Buat bubur untuk Fatoom. Sambung main bersama.

1:00 pm -
Suakan bubur pada Fatoom.

2:00 pm - 4:00 pm
Seusai solat. Mama sambung lagi bermain dengan Fatoom. Fuhhh, bila matanya kuyu ajerkk, Mama ready dengan susu. Fatoom tidur maka Mama juga tidur. Teori taakulan Mama dan Fatoom.

5:00 pm -
Start masak. Kadang-kadang berlarutan sehingga pukul 7:00.

6:00 pm -
Start Home schooling. Perdengarkan Al-Quran dan nasheed Aliff Baa Taa.
Now she like this song so much.

7:00 pm -
Ready for Maghrib and Isya'
Baba reached house. Fuhhh, tak senang duduk dibuatnya orang tua tu. Selagi Baba tak tidur selagi tu Fatoom tak tidur. Maka kedengaran ler, Fatoom, lesh mish naim. la'
Agaknya, tradisi Baba dan keluarga kut. Satu blok boleh dengar suara Baba jerk...
Mama try ler jugak cover tak bagi Fatoom ni pergi kat Baba, tapi badan dah tidak terdaya.
Fatoom terlalu manja dengan Baba. Selalu Fatoom buat muka "seposen" bila dia start kacau Baba. Selalu juga Mama "hint" pada Baba. "Just play with her for 5 mins then you can continue your work".

10:00 pm/11:00 pm
We pretend to sleep to make Fatoom sleep then we also sleep.

Entah tak buat apa pun...

Wednesday, March 24, 2010

My Study

BELAJARLAH




"Noor, if you want to study...study hard but if dont want...you dont have to bother your self". begitu kata Baba.
"Noor, you have to decide because we can make the best partner to study together".
Mama terpisat-pisat mendengar kata Baba. Kepala ligat berfikir "How am I going to divide myself with house, work and PhD".

Sesetengah rakan-rakan yang kini di peringkat pengajian doktor falsafah sedang bercuti menikmati belajar. Bagaimana cabaran Mama akan hadapi nanti.
Bila tengok muka Fatoom, hati ini berdesit sayu. Baru sebentar tadi Mama coretkan "Mampukah aku menjadi Mama yang membelai, mengajar, menyokong malah meneladani zuriat-zuriat kurniaan Ilahi".

Setengah orang kata kekadang kita hanya berfikir tanpa berbuat apa-apa tapi masa berlalu dan terlepas begitu sahaja.
Insha Allah, masa 24 jam yang Allah kurniakan adalah mantap buat semua hambaNya. Raikan setiap saat keemasan tersebut dengan melakukan "apa-apa" agar ia menjadi sesuatu yang "biasa-biasa" sehingga "luar biasa".

Baby - Fatoom

FATOOM

Lama sungguh tidak mencoret sesuatu di rumahku ini.
Penuh sesawang.
Penuh kebosanan.

Kebelankangan ini Mama terlalu penat. Mungkin Hb yang kurang.
Sesusai kerja di sekolah, ambil Fatoom dan pulang ke rumah. Melayani Fatoom seadany sehingga dia tidur. Selepas itu, Mama jua belayar bersama Fatoom.

Fatoom melepasi setiap peringkat dengan baik. Alhamdulillah.
Meniarap, merangkak dan sekarang berdiri memaut semua meja dan kerusi di rumah.
Baba selalu bising "Fatoom, dont go there"...Dangerous. "Fatoom, dont go to the kitchen".

Agaknya, satu deret ni boleh dengar suara Baba.
Agaknya, jiran-jiran pasti menggeleng kepala "Apalah Pak Baba ni".

FATOOM LAGI...

Begitulah senario sehari-hari. Cuma sekiranya kebosanan menjengah, kami selalu ke Putrajaya sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di sana.

Hakikatnya, itulah zuriat kurniaan Ilahi. Sesekali Mama terfikir
"Bagaimanakah harus aku didik zuriat-zuriatku ini agar mereka membesar dalam Islam"
"Bagaimanakah harus aku teladani mereka dengan akhlaq mahmudah"
"Bagaimanakah harus aku mulakan sesuatu agar aku tidak "miss" peluang sesingkat ini"

Ya Allah...
berikan aku kekuatan
berikan aku keyakinan
berikan aku jalan agar aku tidak mensia-siakan mereka

Ya Allah
berikan aku ketabahan
berikan aku kesabaran
berikan aku kemudahan

kerana
mudah menjadi seorang ibu, mama, ummi...
tapi bukan mudah menjadi seorang ibu yang berakhlaq, mama yang berilmu dan ummi yang solehah TANPA ILMU

Oleh itu, SELAMAT HARI LAHIR buat Ummi ku Pn Noraini Hj Omar

Tuesday, February 9, 2010

My Subject - Advanced Business Implementation Project

Sharing Teaching Experience

As for this semester, I got 24 students registered under my class.
Eventhough, the guys and girls are big enough actually they are from the type that need attention.

For example - Student 1 & 2

Student1: Madame, I am hungry lah.
Madame : Eh, still early besides still another 45 minutes and you still need to do some of my questions.
Student2: We didint eat yet.
Madame : Very well, if that is the case I will let you go now but please submit my all my questions. Hurry Hurry
Student1: Ok we will try to finish


For example - Student 3

Madame : What is your opinion on "lone programmer"?
Student3: Basically, they are just programmer
Madame : Goooooooooddddddddddddd try. "Teacher whisper, actually it is not that correct"
Student3: Blushing face but feel proud.
Madame : 2nd question, What is SDLC?
Student3: I want to answer...
Madame : what


For example - Student 4
Student4: Madame, is there any class today?
Madame : Definitely, sure...
Student4: Ayaahhhhh, I feel lazy. Can we just cancel the class. I am tired.
Madame : Of course can...However we have to replace it this Saturday.
Student4: Ok, ok, I will come to class right now.

Wednesday, February 3, 2010

About Fatoom, Mama & Baba

Fatoom

Now she is 6 months and 2 weeks.
Her ability now is to crawl all over the house. Baba start to say "no there" and "no here". However, this little girl just do things according to her needs and creativity.
She start to get up and buzy bubbling "aaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh", "baaaaaaaaaaaaaaaaaa" and "maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa".

Mama

Hmm, just started blogging recently. Really buzy in the college and house.
Dizzy and tired.
Sometimes, people heart is black but not white and pure. Why? Suka hatilah awaklah kalau tak nak tegur, nak masam muka atau what ever...Orang College gak ni. Kalau nak expose nama, nanti glamour pulak blog Share The Knowledge.

Baba

Working with paper to send to Springer. Good Luck. Insha allah, it will be accepted after all your hard work.

Wednesday, January 13, 2010

Buzy Week

28 Dec - 31 Dec

Buzy week in college. I feel so dizzy.

4 Jan - 8 Jan

Buzy week in college. I feel so dizzy.

11 Jan - 15 Jan

Class started. Many things to do.
Rumah tunggang langgang. Kasihan Fatoom and Baba.
Mama tak tahan sangat pening kepala dan badan demam demam plak tu.

Saturday, December 19, 2009

Baby Fatoom



Latest Picture of Fatoom

Wednesday, December 2, 2009

Baby Fatoom



Baby Development
Gambar diambil dari


Salam semua,

Sekarang syukur pada Ilahi, Fatoom sudah menjengah 4 bulan 1 minggu.
Setiap perkembangannya menjadi perhatian kami berdua. Maklumlah permata sulung kami.
Adakalanya, Baba tak dapat menahan sabar bila dia merengek perlukan perhatian sedangkan kami perlu konsentrasi untuk menghasilkan thesis.

Setiap percubaan yang gagal dilakukan Fatoom, pasti dia akan merengek perlukan pertolongan. Mama kata dalam hati "tak payah tolonglah".
Tapi bila muka dia dah tersembam beberapa kali tanda tak dapat bertahan sewaktu meniarap, hati ibu mana yang sanggup tengok. He he he, mother's love.

BABY - Fatoom


Introducing Solid Food to Baby

Wednesday, November 18, 2009

BABY - Fatoom

What is this?
What is this white color in Fatoom mouth.
Milk? Undigested Milk?...

"Please, Doctor...What is in her mouth?".
"Oh...its fungus."said the Doctor.
"I'll give you Dactarin".

Later after one day, no more fungus in her mouth. Mama feel satisfied.
After 2 days, "Ehhh... why it comes again?" Mama applied again Dactarin in her mouth.
This situation occurred over and over again. Mama start to cry...Whua Whua Whua, start to blame herself as she cannot give EBreast Milk instead of Formula Milk.

Thrush

What is thrush?
Thrush is a fungal infection in your baby's mouth caused by the yeast Candida albicans. If you see white spots on the inside of your baby's lips and cheeks or on his tongue that don't easily wipe away (like spit-up does), they could be a sign of thrush.

Yeast grows in moist, warm, sugary environments — like the inside of a baby's mouth. If you're breastfeeding, your nipples can become infected with yeast when your baby latches on, which can then cause your nipples to be dry, sore, and painful during feedings. You're more vulnerable if you're stressed and your resistance is low. The yeast can also travel through your baby's digestive tract and come out on the other end, causing a diaper rash or vaginal yeast infection.

What can be done about it?
See your baby's healthcare provider. She'll probably prescribe an antifungal medication for you and your baby. If you're breastfeeding, it's important for both of you to be treated so that you don't continue to reinfect each other. It will probably take several weeks for the condition to go away once treatment has begun.

During treatment, be sure to wash your hands frequently and sterilize your baby's toys and pacifiers in boiling water. Applying an over-the-counter antifungal cream (clotrimazole) on your nipples can help you, as can taking ibuprofen.

How does thrush affect my baby?
While the yeast infection is annoying to you, your baby may show no ill effects at all. Some babies with thrush are more irritable and less interested in eating, however, because their cheeks and gums are sore.

Monday, November 9, 2009

PhD Student


Salam ...

Saya bercita-cita untuk menyambung pengajian kembali selepas melahirkan Fatoom.
Semasa pengajian master waktu lalu, saya mengambil Master in Computer Science in course work. Jadi, biasanya course work student kurang tekanan(rasa sama jer) berbanding research student.

Menjadi orang yang memiliki sarjana sebenarnya bukan mudah. Pembelajaran bukan setakat di dewan kuliah. Perlu ada "study reading" untuk mencanak ilmu Allah yang tak terhitung banyaknya. Kekadang malu pada suami yang bertanya apabila ada soalan-soalan yang bersifat general hinggalah spesifik gagal dijawab. "What you did"? Perggghhhh. tersengih-sengih je lah menahan malu.

Dulu saya hanya perlu membaca untuk exam. Tak pernah terlintas untuk meletakkan pembacaan itu sebagai koreksi ilmu Allah Yang Maha Luas. Lepas tu, kenapa yer asyik lupa aje. Kali ini, saya berazam untuk meletak Ilmu ditempat yang sebaiknya hatta akal kurniaan Ilahi nikmat tak terhingga.

Link berikut adalah bagus untuk dikongsi bersama
1. http://www.findaphd.com
2. http://www.vitae.ac.uk/researchers/

Justeru itu, saya nak merancang...

======================================================================
What To Do
======================================================================

Preparation as a student
1.
2.
3.


======================================================================
What To Have
======================================================================

Preparation
1.
2.
3.


Agaknya apa yerk...Hehehe kena carik ni




Monday, November 2, 2009

BABY - Fatoom


She sleep then wake up...frequently until 1:30~2:00am until the real sleep.

What happened?

What to do?

She showed her anger, frustration?!Maybe...



Bayi Marah

Suatu keadaan bila bayi tersebut mula berasa penat, lapar atau gagal untuk memulakan sesuatu seperti meniarap, menyusur,, merangkak dan seterusnya hinggalah beliau boleh berjalan.
Sewaktu bayi marah, mereka boleh menghentak-hentakkan kaki, menendang, apatah lagi menangis...

Apa yang boleh kita lakukan...
Mula-mula saya menangis kerisauan. He he he.
Apa kena anakku ni? Salah didikkah?!Salah susukah?! Salah Mama n Baba kah?!

1. Jangan marah kembali bayi anda. Keadaan semakin buruk sekiranya anda menunjukkan nada marah.

Entri Is Being Updated...Ada Kerja Kolej