FATOOM
Lama sungguh tidak mencoret sesuatu di rumahku ini.
Penuh sesawang.
Penuh kebosanan.
Kebelankangan ini Mama terlalu penat. Mungkin Hb yang kurang.
Sesusai kerja di sekolah, ambil Fatoom dan pulang ke rumah. Melayani Fatoom seadany sehingga dia tidur. Selepas itu, Mama jua belayar bersama Fatoom.
Fatoom melepasi setiap peringkat dengan baik. Alhamdulillah.
Meniarap, merangkak dan sekarang berdiri memaut semua meja dan kerusi di rumah.
Baba selalu bising "Fatoom, dont go there"...Dangerous. "Fatoom, dont go to the kitchen".
Agaknya, satu deret ni boleh dengar suara Baba.
Agaknya, jiran-jiran pasti menggeleng kepala "Apalah Pak Baba ni".
FATOOM LAGI...
Begitulah senario sehari-hari. Cuma sekiranya kebosanan menjengah, kami selalu ke Putrajaya sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di sana.
Hakikatnya, itulah zuriat kurniaan Ilahi. Sesekali Mama terfikir
"Bagaimanakah harus aku didik zuriat-zuriatku ini agar mereka membesar dalam Islam"
"Bagaimanakah harus aku teladani mereka dengan akhlaq mahmudah"
"Bagaimanakah harus aku mulakan sesuatu agar aku tidak "miss" peluang sesingkat ini"
Ya Allah...
berikan aku kekuatan
berikan aku keyakinan
berikan aku jalan agar aku tidak mensia-siakan mereka
Ya Allah
berikan aku ketabahan
berikan aku kesabaran
berikan aku kemudahan
kerana
mudah menjadi seorang ibu, mama, ummi...
tapi bukan mudah menjadi seorang ibu yang berakhlaq, mama yang berilmu dan ummi yang solehah TANPA ILMU
Oleh itu, SELAMAT HARI LAHIR buat Ummi ku Pn Noraini Hj Omar
Rahsia Kurus dengan Set Kurus Shaklee
11 months ago
No comments:
Post a Comment