CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

PENAPIS AIR IMTIYAZ

Kami pengedar Penapis Air Imtiyaz. Kami beroperasi sekitar Bangi, Serdang & Nilai.
Hubungi Kami;
Samer 010-4640105 & Noor 010-7604105

Thursday, September 16, 2010

Now - Baba, Mama, Fatoom & Sarah

Baba
Baba sekarang masih dalam pengajian. Alhamdulillah, "paper publishing" Baba banyak diterima. Mama teringat sebuah cerita yang pernah kawan Mama post dalam blognya. Mama akan ceritakan nyer nanti. Kurang berapa minit lagi Mama harus mengejutkan Baba untuk solat Jumaat. Hmmm...kasihan Baba kepenatan.

Mama
Mama masih dalam berpantang. Yer ker??? Tapi macam dah tak berpantang. Sibuk menguruskan Fatoom & Sarah. Terima kasih buat Baba kerana banyak membantu Mama menguruskan rumahtangga. Kira-kira 2 minggu lagi Mama akan kembali bekerja. Hmmm, Allah je yang Maha Mengetahui.

Fatoom
Sudah 1 tahun 1 bulan. Orang Arab kata "tataharak kasirrr". Tertonggeng, terlangkup kami mengejar Fatoom dari sofa ke tangga ke dapur ke bilik air. Masha allah, dia sayang pada Sarah.

Sarah
Sudah 1 bulan 14 hari. Anak yang baik, menangis bila kembung perut je...masa lain tidur Alhamdulillah. Mungkin dia arif keaadaan rumah kami yang tunggang langgang sekarang.

Kami masih belum ada jadual waktu lagi... Sedikit masa lagi, mama perlu susun jadual agar kami teratur sikit. Baba perlu masa buat research. Mama juga perlu masa buat research. Really challenging.

Life Without Challenge Also Nothing...Am I right? Entah pandai jer Mama mengomel...
Alamak gambar raya takder lah...

1 comment:

  1. Assalamualaikum nuha. Belated Eid Mubarak dan mabruk untuk kelahiran Sarah!

    Patutlah lama menyepi. Apapun seronok kakchik baca perkembangan keluarga Nuha ni.

    Semoga Nuha dan suami dapat menguruskan diri dan keluarga dengan jayanya agar study dapat diselesaikan juga dgn kejayaan cemerlang.

    ReplyDelete