CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

PENAPIS AIR IMTIYAZ

Kami pengedar Penapis Air Imtiyaz. Kami beroperasi sekitar Bangi, Serdang & Nilai.
Hubungi Kami;
Samer 010-4640105 & Noor 010-7604105

Sunday, October 25, 2009

BABY - Fatoom

Colic
"
What is wrong with Fatoom?."

"Why she didnt stop crying".

Milk, Drypers...everything is given and changed.

Mama dah susah hati. Baba makin "tense" dengan kerja mahupun tangisan Fatoom yang tak henti sejak pukul 12:00am tadi. Fatoom nangis hentak-hantak kaki. Puas didodoi, dinasyid dan akhir sekali dihayun perlahan-lahan. Akhirnya dia melelapkan mata. Lega rasanya..., sebaik sahaja letak dia di tempat tidur, tak sampai 10 minit Fatoom kembali menangis. Begitulah sehingga awal pagi baru dia tidur dengan lena.


Ohhhhh!!!!! Colic rupanya. Orang Melayu kata kembung sebab ada angin.


Colic / Kembung


Istilah Colic/Kembung

Suatu keadaan bagi bayi yang baru dilahirkan menangis tanpa sebab dan tanpa henti.
Keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi tersebut berusia sebulan, dua bulan bergantung kepada situasi dan keadaan bayi itu sendiri.
Banyak kajian dilakukan oleh penyelidik bagi mengenal pasti masalah ini. Namun, puncanya masih kabur.

Kembung perut ini berlaku kepada bayi yang menyusu badan mahupun menyusu botol. Sesetengah penyelidik berpendapat, sistem penghadaman bayi masih belum matang untuk memproses makanan yang diberikan pada bayi.

Orang Arab Jordan biasanya merebus air bersama "meremiah" iaitu sejenis tumbuhan dan diberikan pada bayi tersebut. Dalam entri akan datang, saya akan cuba mengupas lebih lanjut "meremiah"
ini. Sewaktu, suami merebus dan ingin memberi pada Fatoom, saya hanya berdoa pada Allah. Saya tak tahu adakah tumbuhan ini baik untuk perut bayi mengikut fakta sains. Bagaimana pun, suami amat yakin dengan tumbuhan herba tersebut kerana banyak kajian dah dilakukan cuma tak sepopular di Malaysia.

Orang Melayu Malaysia pula, biasanya meletak minyak pada perut, betis dan tapak kaki bayi. Biasanya, bayi akan dipakaikan barut agar "tak masuk angin". He he... agak payah untuk "explain" pada suami kerana saya perlu mengemukakan fakta sains sebelum saya boleh cerita padanya.
Memang orang Melayu kaya dengan petua dan herba tapi apakah rasionalnya dengan fakta sains.

Waktu Fatoom menangis, macam-macam cara juga yang kami lakukan.
Antaranya
1. Meletak minyak pada perut, betis dan tapak kaki.
2. Mendukung Fatoom dan meletakkan perutnya dibahu Mama.
3. Menghayun dengan perlahan. Guna tangan le...letihnya Ya Allah.
4. Meletakkan perut Fatoom di atas peha saya...banyak kentutnya baru lega dia.

Sebenarnya, banyak knowledge yang mahu saya kongsikan berdasarkan perkongsian dengan tradisi orang Arab Jordan dan Orang Melayu Malaysia.
Insha Allah, sekiranya diberi ruang....saya akan tambah lagi.



No comments:

Post a Comment