One month
Fatoom dilahirkan pada 27 Julai 2009. 1:13 am.
Kelahiran yang dinanti oleh Baba dan Mama.
Allahu Akbar.
Allahu Akbar.
Allahu Akbar.
Two month
Week 1
Mama berasa "tense" kerana gagal EBM. Kasihan Fatoom.
Week 2
Sebenarnya, seelok-eloknya bagi bakal ibu, lengkapkan lah diri anda dengan ilmu dan dapatkan sokongan keluarga, rakan-rakan bagi merialisasikan EBM.
Kegagalan saya untuk EBM kerana tak de ilmu dan kurangnya sokongan keluarga. Fatoom asyik menangis kelaparan, emak saya kata bagilah FM tu... kasihan dia. Sebenarnya, waktu itu ibu kena kuat semangat jika tidak EBM tidak akan menjadi.
Hari pertama Fatoom dilahirkan, nurse datang untuk memberi Formula Milk. Katanya, Fatoom perlu diperiksa agar dia bukan baby hipo. Waktu itu, saya masih terlalu lemah. Susu badan pula masih belum keluar. Formula Milk diberi sehingga saya keluar hospital pada keesokkan harinya.
Hari kedua, susu masih tiada. Fatoom kerap lapar. Tunggu bidan plak "ikut time" katanya. Tak dapatlah mengurut. Bila bidan sampai plak, bukannya urut betul2.
Postpartum tense masa tu... Not yet milk but Fatoom keep on crying.
Hari ketiga, no knowledge, no supporting from mother but from husband ada...Sehinggalah sekarang.
Ya Allah...perasaan bersalah dan rasa berdosa tak pernah hilang.
Aku mohon padaMu, moga rezeki yang akan datang akan aku pelihara sesungguhnya.
Week 3 (12/10/09 - 18/10/09)
Fatoom sudah mula menunjukkan aksi untuk meniarap.
Pada masa ini, dia amat aktif. Masha Allah
Baba pesan, setiap kali kita lihat sesuatu yang menarik, mengagumkan dan memberi kesan pada diri kita sebutlah "Masha Allah" agar tiada hasad antara kita.
Semalam Fatoom tidur lambat lagi. Pukul 2.30 am, dia masih merengek nak bermain-main.
Kami dah tak larat nak tunggu dia. Sabar jugalah melayan anak kecil ni nak bermain.
Hakikatnya, begitulah jua diri kita. Ketika kecil dulu, saban waktu Ummi melayan dan menunggu anak-anak sampai lewat waktu tidurnya.
Ya Allah, Limpahkan keberkatan umur, kemurahan rezeki dan zuriat yang soleh solehah buat kedua ibu bapa kami, kaum keluarga kami dan umat muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun telah tiada.
Week 4 (19/10/09 - 25/10/09)
Alhamdulillah, Fatoom boleh kompromi bila tidur malam.
Tak de lah kami terlalu penat melayan kerenah dia. Waktu malam adalah waktu Baba perlu konsentrasi menghabiskan disertasi. Ya Allah, mudahkan urusan Baba. Insha allah, Baba boleh buat.
Disertasi Baba as a Communication Engineering tentang Wireless Sensor Network (WSN). Baba telah menghasilkan satu protokol baru. Publication Baba boleh diperolehi kat sini xxxxx
Paham ker... Mama sendiri tak paham
No comments:
Post a Comment