My Fatoom
Wah, lama sungguh tidak mencoret sesuatu. Kata orang kalau rajin-rajin menulis blog ni boleh buat duit. Hmmm, hasrat di hati ada tapi hanya di hati. Selalunya, sewaktu musim cuti ni... ini lah jadual Mama
6:00 am -
Solat Subuh berjemaah. Kali ni, Baba yang selalu kejutkan Mama. Mama selalu je tak larat bangun. Kenapa ni, apakah kerana letih, atau jauh dari Ilahi.
6:30 am -
Fatoom "six sense" memang tajam. Merasa kami tiada di sisi, dia juga bangun menangis mencari dan mengucapkan "Baba" dan "Mama" dengan mendayu sekali. Aduh, tidur seusai subuh tiada dalam diari.
7:00 am -
Fatoom dibersihkan dan ditukar "drypers" yang baru. Baba bersedia untuk ke UPM. Banyak kerja perlu dibereskan lantaran semester baru akan bermula beberapa minggu lagi. Yahhhh, baju Baba perlu disediakan.
7:30 am -
Kami bertiga bersarapan bersama. Seperti biasa, nasi lemak RM 1 di warung milik jiran kami. Beli dan "tapaw". Sekarang Fatoom dah boleh makan nasi. Jadi, bila kami makan, dia turut serta...
8:00 am -
Baba pergi ke UPM dan Fatoom menangis sayu mahu turut serta. Alhamdulillah, dia anak pintar sebab nangisnya sebentar sahaja. Tak susah memujuk Fatoom. Bermain bersama dia sahaja sudah membuat dia gelak. Sekarang Mama cipta permainan baru. "Dragon Mama" and "Dragon Child". Mama pura-pura telangkupkan badan dan Fatoom akan mengusik Mama. Sebaik "Dragon Mama" bangun sambil berkata "Where is my Dragon Child", Fatoom akan terlari-lari menyembunyikan diri daripada dikejar Dragon Mama. Paling manis, bila dia ketawa riang. Kadang-kadang keluar surau garaunya meniru suara Dragon Mama.
Harap tak pecah suara anak aku ni, jangan jadi macam suara Scha Al-Yahya sudah.
9:00 am -
Kudapan seperti roti diberikan. Lewat hari lepas, najis Fatoom agak keras. Mama tukarkan kepada betik. Fatoom tak kisah tentang makanan. Everything is acceptable. Alhamdulillah.
10:00 am -
Mula menunjukkan tanda mengantuk. Sua sahaja susu, matanya terus layu. Mama ikut layu bersama. Memang Mama penat. Mengendong Fatoom dan Insha Allah si kecil kami ini.
11:00 am -
Fatoom jaga. Mama juga terjaga. Hmmm, macam-macam perlu dibereskan.
1. Baju
2. Rumah
Kali ini, Fatoom memang akan menangis kalau ditinggalkan. Tersedu-sedu dia bila diletak dalam Baby Cot. Pada kami, itulah tempat paling selamat untuk dia. Kalau dibiarkan, dia mungkin akan panjat tangga, ke dapur, atau ke luar rumah mengikut Mama. Hishhhhh. Tapi dia cukup takut pada vacuum cleaner. Dia akan larikan diri daripada En Vacuum ni.
12:00 pm -
Buat bubur untuk Fatoom. Sambung main bersama.
1:00 pm -
Suakan bubur pada Fatoom.
2:00 pm - 4:00 pm
Seusai solat. Mama sambung lagi bermain dengan Fatoom. Fuhhh, bila matanya kuyu ajerkk, Mama ready dengan susu. Fatoom tidur maka Mama juga tidur. Teori taakulan Mama dan Fatoom.
5:00 pm -
Start masak. Kadang-kadang berlarutan sehingga pukul 7:00.
6:00 pm -
Start Home schooling. Perdengarkan Al-Quran dan nasheed Aliff Baa Taa.
Now she like this song so much.
7:00 pm -
Ready for Maghrib and Isya'
Baba reached house. Fuhhh, tak senang duduk dibuatnya orang tua tu. Selagi Baba tak tidur selagi tu Fatoom tak tidur. Maka kedengaran ler, Fatoom, lesh mish naim. la'
Agaknya, tradisi Baba dan keluarga kut. Satu blok boleh dengar suara Baba jerk...
Mama try ler jugak cover tak bagi Fatoom ni pergi kat Baba, tapi badan dah tidak terdaya.
Fatoom terlalu manja dengan Baba. Selalu Fatoom buat muka "seposen" bila dia start kacau Baba. Selalu juga Mama "hint" pada Baba. "Just play with her for 5 mins then you can continue your work".
10:00 pm/11:00 pm
We pretend to sleep to make Fatoom sleep then we also sleep.
Entah tak buat apa pun...
Rahsia Kurus dengan Set Kurus Shaklee
1 year ago