Catatan 8 Jun 2011
Itulah ibarat blog Mama ni. Selalu juga meziarah tapi masa yang ada terhad akibat kesibukan kerja-kerja di pejabat. Uwah, padahal Mama adalah seorang pendidik. Itulah resam seorang pendidik, kadang kala dokumentasi menjadikan Mama seorang yang sejujurnya "insan berjiwa tak sabar". Aduh, gayanya macam seorang businesswoman jer.
Hari ini, Mama ada selsema, batuk dan badan yang sakit. Biasanya, jarang mama telan ubat tahan sakit. Tapi kerana anak-anak, Mama perlu ambil ubat itu. Baba tidak pandai mengatur mereka ke tandas. Bukan Mama tidak mahu ada kompromi dan MOU untuk Baba buat semua tu, tapi "life is to donate, I'll do my best to give for my family". Baba sudah buat apa yang dia rasa patut buat. Dia selalu tolong Mama. Waktu Mama batuk-batuk ni, Baba bangun dan suakan ubat untuk Mama. Itu pun suatu pengorbanan daripada Baba, pada Mama cukup untuk menghargainya. Sedang dia juga banyak kerja.
Buat sicomel Mama, Fatoom dan Sarah. Fuh, kalian adalah jiwa Mama. Kadang-kadang Mama akui agak kurang sabar. Tapi percayalah Mama cuba untuk berikan yang terbaik untuk kamu berdua. Bila waktu kamu dewasa dan membaca blog ini, Mama minta maaf andai kalian terasa hati. Percayalah, Mama mahukan yang terbaik untuk kalian.
Nanti belajar Bahasa Melayu yer, agar boleh baca blog Mama ni. Mana tahu, kalian sudah fasih berbahasa Arab dan Inggeris. Perancangan Allah.
Saat ini, Mama agak sibuk dengan "review paper". Kasihan, kalian terpaksa Mama hantar ke nurseri. Tapi percayalah...jiwa ini tetap mendambakan anak-anak Mama. Mama perlu belajar kerana Mama juga mahu memberikan yang terbaik untuk Nenek, Atuk apa tah lagi kalian.
Rahsia Kurus dengan Set Kurus Shaklee
1 year ago